Experience | Kerja di Tok Cee!

19 September 2011

Assalamualaikum sayang!!
Ye koranglah sayang-sayang aku sekalian.. oh malu-malulah pulak!

Kan sebelum ni aku cakap aku pernah kerja kat kfckan? Ha.. tok cee tu kfc lah.. Saja je panggil camtu kan ada patung atuk tu, sebab tu kitorang panggil camtu! So, ni nak ceritakan pasal kenangan aku dekat tokcee pulak! Well memang aku miss dekat geng-geng kerja masa dekat sini dulu, dorang memang sporting, buat gila dengan dorang memang best, and kitorang bekerja dalam teamwork yang sangat hebat! yeah.. kerja dekat situ memang memerlukan cooperation daripada semua orang!

Aku ada kerja dekat 2 buah restoran kfc. First kfc dekat alam mall, aku kerja dekat itu selama 5 bulan setengah, then kfc tu kene tutup. So, aku ikut diorang pindah dekat sek. 15, kfc baru, canggih, siap ada drive thru lagi! and aku dapat masuk bahagian DT kat situ, memang best jadi DT, mencabar kau!

Ok jom dengar dulu kisah kat alam mall. Mula-mula aku masuk kerja dulu, memang aku pendiam sangat, sampaikan adalah orang tegur aku ni bisu ke? Ehem *tak sayang mulut nampak?* ok takdelah aku sampai bagi penampar sebijik kat dia, takde takde aku tak kejam sampai tahap tu lagi. tapi disebabkan suasana semasa bekerja ceria, bersemangat and diorang semua happy-happy je time buat kerja, so, lama-kelamaan aku rasa seronok.

Tapi nak tahu apa dia peristiwa yang membuatkan aku boleh jadi rapat ngan diorang ni. ha.. adalah satu hari tu Linda(mek klate) ni mesej bf dia, bahasakan diri memasing papa-mama. so, kak yatt(orang lain semua panggil dia ibu, sebab dia ibu tunggal) pun ajaklah gurau ngan aku, nak perli si Linda ni, so, kak yatt panggil aku papa, aku panggil kak yat mama! then, bila dah start panggil macam tu orang pun agak busy-body saja je nak menyibuk panggil macam tu jugak, last-last melekat lah nama panggilan papa tu kat aku, ada ke patut?

Pastu aku kenal kak pikah, kak iqa, yen, hafizullah, faiz, naim, arep, hanem, din, syazwan, ammar, dokdang, zul, mis azie, mis amy, sir alan, kak nor and 2-3 orang lagi aku tak ingat nama so sorry..  So, sekarang kita pindah pulak kat kfc baru tu, dekat seksyen 15. haa.. kat sini lagi best, sebabnya aku jadi senior (cam la best sangat jadi senior penat semuanya aku yang kena ajar) kat sini. Ingat lagi time baru nak buka tu kitorang kena pergi bersihkan kedai. So, kena basuh, cuci and sental apa yang patut. Nak tahu aku pergi sental apa? Haa.. mesin buat ais tu yang aku gi sental! Siap masuk dalam lagi. Korang pernah try ke? Tapi memang susah nak lupalah segala kenangan-kenangan kat kfc ni. So, kat 15 ni aku kenal KE, anas, azira, ida, hafiz, fahmi, anuar, amira and atikah (kembar tau diorang ni), anis, afiq, mis nurul and sir amir. And adalah beberapa orang lagi yang memang aku tak ingat, even rupe korang pun. So sorry lah ye.. Tak sengaja bukannya apa tu kiranya tak berapa rapat la, kalau rapat mesti aku ingat punya!

Tapi ada satu je yang tak best kerja dekat sini, iaitu tok cee ni kedekut OT la.. Sepanjang aku kerja kat sini adalah 3-4 kali je aku pernah wat OT the rest kerja paling lama pun 7 jam je.. Takde apa boleh buat. Last-last aku berhenti jelah masa bulan puasa hari tu. Berhenti pun sebab malas nak berebut motor dengan angah aku yang nak pergi terawikh naik motor tu. So, sebulan aku dok rumah jela. last-last dapat kerja baru.

What ever it is, rakan sekerja yang aku dapat dekat tok cee ni memang tak dapat ditandingi oleh uncle robbins. Oh yea, sepanjang aku bekerja ni, aku memang tak pernah tangkap gambar aku time tengah bekerja. But ada 1 je picture ni yang kiranya the 1st and the last la yang aku amik, but unfortunately gambar tu dah buruk and aku dah buang dah pun. So, kiranya memang takde la gambar kenangan di kfc.. So sad!

Till then, take care guys!

No comments:

Post a Comment