Ice skating!

27 October 2011

assalamualaikum..
hello wonderful people!

Well, akhirnye dapat jugak aku merasa perasaan bermain ice skating! Fuhh.. memang sangat penat bermain ice skate ni, sampai sakit jugak la kaki aku time tu (nak-nak lagi 1st time pulak tu!) hmm.. nasib baik lah pergi dengan Ika time tu (dia memang pandai main ice skate) so, dia la yang ajar aku! and well.. of course la aku tak jatuh! Ye la orang yang ajarlahkan.



So, kalau rasa-rasa nak pergi main ice skate dekat Sunway Pyramid tu, make sure korang dah ada sepasang glove and socks, kalau takde kena la beli dekat situ, bermakna kena extra charge lah.. Nak masuk kena bayar rm15 je.. (tak termasuk glove and socks) kalau masuk cloves and socks aku tak tau berapa harga dia sebab aku memang dah sediakan 2 benda tu awal-awal!

But, wait! rm15 tu time hari weekdays je, weekends kene charge rm20.. So baik pergi hari biasa (mentang-mentanglah tak buat apa sekarang!) and here comes the best part is.. Korang boleh berskate selama mana yang korang nak!

Kalau betul-betul nak buang tabiat cubalah masuk time baru buka and blah time diaorang nak tutup! (tu memang sah-sah nak patahkan kaki) Ok.. Gurau je.. Tapi tak tipu, memang sakit kaki lah kalau siapa yang 1st time nak try tu! And please berhati-hati ketika ber'skate' kerana orang lain yang memang dah pandai main tu takkan fikir pasal orang yang baru first time try ni, diorang main langgar je.. (Ish, tak patut betul!)

Hari tu aku skate dalam setengah jam je.. Well, memang tak lama pun, (ceh, tu pun merungut sakit kaki, apa dah..) sebab aku pun nak kena masuk kerja petang tu.

Oh oh, lagi satu nak cerita, sebelum pergi ice skate tu kitorang pergi makan dulu dekat pasta zanmai. Iye, kepada siapa-siapa yang tak tau kedai tu memang kedai makanan jepun yang kebanyakan makanannya terdiri daripada pasta! sedap.. tapi kedai ni takda tanda halal tau, sebab mereka menyediakan arak dan sesetengah makanannya pun mengandungi alkohol, (So, tanya dulu before nak order tu, pandai-pandailah!)

Jadi, hari tu aku makan avocado with crab pasta (sedap) and unagi (belut), rice omelet (telur dia mentah, wuek!) and ada satu sushi with cheese (yang ni memang sedap!Tapi tak tau apa nama dia)

Okay, ingatkan nak letak gambar makanan sekali, tapi buat aku rasa lapar pulak, so, tak payah lah!
Ok lah, esok nak pergi ICT lagi sekali! Kali ni bawak pelancong pulak-dari jepun tu.. (kawan kepada Ika). Adoihai, kena lah aku berlatih cakap jepun lepas ni.. Hari tu dah belajar dah cara-cara memperkenalkan diri dalam bahasa jepun (tu pun kena paksa sebenarnye).

No comments:

Post a Comment