kerja aku tengah malam ni nak meng'update' blog je tak tau kenapa? so, layan jelah!
macam ni kisahnya, hari tu ada la dalam dua hari semalaman, aku pergi on vacation with my manager and Zalikha with her two japanese friends. konon-kononnyalah nak jalan-jalan dekat KL je, tapi tah macam mana boleh sampai ke melaka! so..
ok, lets go on, jadi mereka ni sebenarnya dah sampai hari khamis 27/11 haritu, so, untuk malam tu bawalah diorang ni melihat taman ICT...
yang lagi sorang tu adik Ika.
Then. malam keesokannya barulah kami bertolak ke Kuala Selangor untuk makan BBQ dan kemudian melihat kunang-kunang, memang cantik sangat! tapi sayangnya tak dapat tangkap pulak gambar kelip-kelip tu!
steamboat and BBQ! yumm..
pakai life jacket tau nak tengok kelip-kelip!
kemudian teruskan perjalanan kami ke Kuala Lumpur pula, well, malam masih muda rileks la.. lepak-lepak lu.. sampai KL nak tengok Dataran Merdeka... malam-malam memang meriah la kat sini!
dataran merdeka!
ni klcc der.. lampu dah tutup dah..
and, the next day kitorang pergi mandi air terjun! woa.. dah lama sangat aku tak mandi air terjun ni...
gambar kenangan... hee..
ha..actually time before kitorang nak pergi air terjun nilah tetiba cadangan nak pergi melaka muncul (ika lah yang cadangkan), aku setuju je memang last pergi melaka time form 4 tu pun tak melancong sangat! then, the best is aku yang drive sampai melaka, and know what? aku pecut dekat highway tu delah dalam 140km/jam gak! aku pun tak sangka, harap tak kena saman jelah (dah lah bukan kereta aku!) so, sampai je bandar melaka jammed giller, tension la gak, sempat lagi makan roti time tengah jammed tu! lapar lagi walaupun dah makan banyak dekat R&R! then sampai sana kitorang parked dekat mahkota parade, tak masuk pun mall tu tumpang parking je! so, berjalan kakilah, puaslah aku menapak bandar melaka tu!
muzium kapal..
so, malam tu balik KL balik untuk amik barang dan terus balik shah alam.. well, memang agak penatlah tapi kiranya dahsyat jugak sebab dalam sehari je leh melancong KL-Melaka best apa? korang pernah buat? aku memang suka buat kerja gila...
nota kaki/: memang aku letak sikit-sikit je gambar kang jenuh pulak asyik tengok gambar je.. bukannya kenal pun!
No comments:
Post a Comment