Something that you don't ever wish for...

14 February 2012

assalamualaikum.
Fuhh.. dah lama rasanya tak update blog! Teringat dekat blog ni pun sebab baru lepas buat assignment pasal blog tadi. Bayangkanlah busy sangat sampaikan setiap minggu ada test dengan quiz- amik kau tak nazak?! (yelah dah nak final exam kenalah struggle lebih sikit->kata nak target 4 flat lahkan..) tadi je dari petang sampai ke malam non-stop tulis lab report(3 report sekaligus tau) patah jari aku, haa semput...


Ok let stop talking about this!

Actually aku nak cerita pasal hari tu, aku ternampak tahi bintang jatuh betul-betul depan mata! Subhanallah-cantik sungguh! First time dalam hidup aku ini kali pertama dapat nampak 1 daripada ciptaan Allah yang selama ni tak pernah terlintas pun dekat fikiran aku nak tengok->kononnya memang mustahillah, nak-nak lagi dekat pilah ni!

Baiklah begini ceritanya...

jumaat-12/2/2012
9pm-12pm

Sekarang ni aku tengah tengok konsert nasyid kumpulan UNIC live depan mata, dekat dataran tengah-tengah kampus U aku ni (tu pun sebab Uyien ajak, kalau tak jangan harap aku nak join- aku memang malas nak join program). Sekarang ni dah masuk lagu ke-4 yang UNIC nyanyikan, tak ingat(actually tak tahu) apa tajuk lagu ke-4 diorang ni. But 1 thing that for sure I remember is that song is about someone yang menerima dugaan daripada Allah. Sebenarnya sekarang ni aku sangat sedih sebab S11 aku baru je kena cilok dengan pick-pocket dekat KTM. Jadi lepas je lagu tu habis dinyanyikan , aku pun dongaklah pandang langit-> tak tahu kenapa, tetiba rasa nak pandang. And sekelip mata je jatuhlah sebiji tahi bintang betul-betul straight depan mata aku! Masyaallah seronok sangatnye!(lagi best dari tengok artis depan mata). Aku bagitau Uyien tapi dah tak dah.. sekali je bintang tu jatuh!
Illustrasi ni tak sama cantik macam apa yang aku nampak!

Hati aku yang sebenarnya tengah bersedih ni pun terus jadi gembira, dan jugak membuatkan aku terus tersedar- Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Dia yang menjadikan sesuatu perkara dan  disebaliknya terkandung sebuah hikmah...
Jadi masa kita ditimpa musibah ingatlah kepada Allah hanya Allah yang dapat menolong kita.

And so, bagi aku perkara yang sudah berlalu tu biarkanlah ia berlalu, tapi yang dihadapan perlu dikejar! Hidup kena terus maju, kita takkan berjaya kalau asyik menoleh kebelakang. Dan orang yang berjaya takkan memberi alasan ->ni ayat lec. math aku(memang betul pun-give me prove if it false).

To my hp tersayang- I let you  go cause I know maybe you're not mean to be mine.
untung-untung nanti kalau aku ada rezeki lebih , boleh beli lagi 1 yang barukan? Ngee...

wassalam,
LuLu FiFi


No comments:

Post a Comment