Camping, Camping, Camping!

24 October 2012

assalamualaikum..
hai hai.. whats up guys?


Well sekarang dah cuti sem so.. dah freeee.. but not actually free sebab sekarang aku buat kerja part time pulak kat BR. So, just free from assignment, lecturers, classmates, events and apa-apa yang berkaitan dengan hidup di universiti. Tapi just for 1 month... *le sigh
Oklah malas nak tulis banyak just nak mengkotakan janji je.. hari tu aku kata nak update ceritakan.. So, here it is. Aku sangat malas nak tulis panjang, kalau letak gambar je bolehkan.. cuci mata sikit!

So, firstly event yang pertama dalam sem ni (walaupun dah habis sem) ialah The Texbowler Day. It is hari dimana just only pelajar dip. Teknologi Tekstil je yang join. Bolehlah dikatakan kind of family day.  

Event ni aku yang jadi ajk photography and publisiti so semua gambar di bawah is my master piece! *actually gambar dari google tapi dah aku yang edit, so hasil kerja aku lah kan... peace yo!

yang ni promotion poster.

this is staff tag
(for staff only kayh)

and last but not least, the door gift button badge.
(aku paling suka yang ni, tak sangka aku boleh edit sampai jadi macam ni hasilnya)

Sebabkan buat program ni masa bulan ramadhan so, kitorang semua iftar bersama. And the menu is nasi arab from Nasi Arab Damsyik.. yang dekat senawang tu. Rasa still boleh tahanlah... *erk tak nak komen banyak sebab ramai yang kata sedap, tapi bagi aku rasanya taklah sesedap nasi arab yang aku biasa makan.. dotttt.....



tapi gambarnya menyelerakan sungguh, bau pun sedap!
*google picture je..

***

Next is textile camping.. *erk textile lagi.. No komen, no komen... Kali ni aku jadi peserta je. Program ni under subjek student textile part 5 actually, dorang kena handle satu program as an assignment for that subject lah.

So kitorang camping 2 hari 1 malam je, dekat Jugra, Banting! pernah dengar? Aku pun first time dengar. But tempat tu view-nya memang superblah! Saujana mata memandang..

Aktiviti kat sana kitorang buat repelling, malam night walking and esoknya kitorang pergi berkayak. Semua aktiviti tu best.. Tapi yang paling best mestilah night walking, malam tu memang cuaklah dah la nak balik kena jalan sensorang dengan kaki aku tengah cramp lagi, memang heavenlahkan..

bukit jugra- google image

Jadi night walking tu kitorang kena jalan dari camp site sampailah ke rumah api ni, dengan berjalan kaki ye.. diulangi berjalan kaki! Ok ok, chill lah biasalah night walk kan.. Dari camp site tu kitorang jalan sampai makam sultan selangor and then masuk celah semak mana tah (ikut short-cut) then sampailah ke rumah api yang gambar atas ni. But perjalanan yang rasa macam neraka tu *kasi ayat hiperbola sikit.. berbaloi akhirnye bila dapat lihat view yang cantik tahap syurga ni, ecece...sorrylah kitorang pergi waktu malam and henpon or anything else yang bercahaya tidak dibenarkan, kenapa sebab diorang nak suruh kitorang berjalan dengan sinaran cahaya bulan je.. so, tak dapatlah nak tangkap gambar. But the view waktu malam memang lagi cantiklah sebab ada banyak lampu yang bergemerlapan *lip lap lip lap yaww.. sejuk pulak tu, nyaman je...

Tapi time nak balik tu lah yang paling kelakar, sebab cabaran telah bermula.. jeng jeng jeng.. apalagi kena jalan sorang-soranglah, tapi sebab aku dah pernah buat jalan sensorang ni so, aku cool jelah, sebab dah tau dah kat tengah jalan nanti mesti ada orang kacau punya.. yang lawaknya bila berlari-lari nak kejar orang depan punye pasal. Tapi yang paling lawak bila patah balik jalan dengan orang belakang sebab orang depan dah menjerit! 


pemandangan dari atas bukit jugra -google image

petang sebelum night walk kitorang buat repelling ni


sambil-sambil tunggu orang nak balik.. kita nikmati sunset dulu!

next day kitorang berkayak dekat camp sebelah, sebab camp site kitorang betul-betul untuk berkhemah and bbq, yup ada bbq lepas night walk tu, lupa pulak.. almaklumlah I tak join sebab dah pukul 2 am waktu tu pergi membuta lagi bagus!

tempat berkayak pun ade nice view!

peace yo.. berehat lepas penat berkayak!

 ***

next weeknya pulak aku pergi camping lagi tapi yang ni under rekreasi punya camp, subjek koko aku. Kitorang pergi dekat je.. dalam Kuala Pilah jugak, nama tempat Talang confirm korang tak pernah dengar. Kali ni aku pergi camping betul-betul dalam hutan. Toilet takde, coverage line takde, internet takde apa-apa pun takdelah, survival.. nak makan kena masak sendiri! Aktivitinya sikit je, benda yang sama repelling jugak and lebih kepada memasak je, sebab siapa yang dah habis buat repelling tu dah takde kerja lain selain makan and mandi air terjun.


camp site kitorang

yang ni gambar group aku tengah masak dalam hujan,
siapa tah yang tengah skodeng kitorang nak buat projek ni..
hish kacau lah je.



kali kitorang buat repelling dekat sebelah air terjun



oh lupa nak bagitau kitorang pergi camp site tu naik 4 wheel
best macam naik roller-coaster rasanya!

Oklah cukuplah kan sampai sini..
wassalam..




2 comments:

UNOEME said...

zaf!!! bestnya ko pergi tempat2 nih..aku jelly la..cool betul...dapat menikmati keindahan alam ni..ko sgt la beruntung beb..kekeke...and lawa sungguh gambar yg ko edit2 ni..especially yg button pe benda ntah...sgt awesome...ceh, kat sini penuh pujian je kat ko..haha

AfiRa aFi said...

jelly?! hahaha.. apalah aku ingatkan jelly yang untuk makan tu tadi.. cakap jelah jeles! btw thanks!! ;)

Post a Comment