Dah masuk tahun baru dah kan! Umur pun dah nak cecah 20 tahun ni. So.. oh ya belum terlambat lagikan kalau nak cakap selamat datang tahun 2013 ke dalam hidup aku, welcome new friends, new lectures and whoever that I'll meet in this year. Semoga tahun ni juga dapat mengajar aku lebih banyak lagi pengalaman-pengalaman 'berharga' haa.. berharga tu, kau hado?!
Okeylah kalau dah buat entry ni tak sahkan kalau tak update cerita. Well, aku memang jarang nak update blog ni, almaklumlah as a pelajar contohkan mestilah 'busy' je sentiasa. Anyhow, as I don't know whether you all know that aku dah start masuk study balik bulan Disember hari tu. Time cuti sem lepas aku buat kerja part time kat BR and yet again yes.. baskin lah apa lagi. Aku rasa kalau nak buat kerja part time situ lah yang paling bagus kalau nak compare dengan tempat-tempat yang aku pernah kerja sebelum ni.. cehh.. bajet macam pernah kerja dekat banyak sangat tempat je, padahal baru tiga je tempat yang aku pernah kerja.
Why?! Because kerja kat situ relaks, enjoy! happy go lucky je.. dapat pulak time tu ada sorang yang satu kepala kan.. kerja tak lah berat sangat even though nak angkat satu tub aiskrim tu memang berat nak dekat 6kg jugak lah berat dia, tapi tak lah sepanjang masa nak kena angkat tub aiskrim jekan, time kerja kalau takde orang boleh duduk-duduk main phone kejap and the best part is that you can work all day long, ikut kemampuanlah kalau dah rase tak larat tu tak payahlah mengade nak buat shift fullday pulakkan, kalau tak paham fullday tu apekemendenye, what I mean here is.. kau boleh buat OT-over time sebanyak mana ko nak kiranya diorang ni taklah kedekut macam kentaki fred ciken tu kalau staff nak buat duit lebihkan.. oppss..!!
So, bila dah masuk balik study untuk sem baru ni, for the first month still tak terasa lagi ke'busy'annya.. well, maybe sebab tak start pergi buat workshop dekat shah alam lagi, dalam class pun lecturer mengajar slow-slow lagi, assignment pun macam nak-tak-nak ade je and weekends pun takde apa-apa program nak join or organize. So, mostly masa lapang aku memang terluang untuk tidur or baca novel online or jejalan membazirkan duit or do something that does bring anything! Kalau nak cakap aku revise memang jaranglah aku nak buat kecuali bila esoknya ada quiz or test! Kalau nak dibandingkan cara aku study sekarang dengan time sekolah dulu memang tak jauh beza pun kecuali time sekarang ni semua assignment aku siapkan and hantar on due, of course lah markahkan..
Now, masuk je bulan satu dah mai dah 'busy'nya benda yang buat aku jadi busy tu bukanlah assignment atau apa yang berkaitan hal akademik pun, tapi hanyalah, ececeh.. hanyalahkan! program kolej je yang tak berpaedah langsung!! Buang masa aku je menyesal tolong! Okay mesti korang pelikkan out of nothing tetiba pulak aku memarahkan? Macam ni citer nye, ada program yang macam standard la kalau anjuran JPK-jawatankuasa perwakilan kolej punya program mestilah seminggu lamanya program tu, and then adalah kawan lama, member time sekolah dulu tapi bukan satu sekolah, satu ostel je. Dia jadi JPK untuk sem ni kiranya baru dilantiklah, and yeah aku happy lah dia dapat jadi JPK kan.
So, for that program dia kena jadi ajk publisiti and multimedia. Korang tau kan aku exco multimedia and publisiti untuk kelab texsas aku, kalau tak tau sekarang aku bagitaulah ni. Jadi, dia mintaklah tolong aku jadi ajk multimedia bawah dia. Aku pun tak pikir panjang, so aku tolong jelah sebab kawan kan.. any way memang it sound doesn't ikhlas but first, memang aku ikhlas! tapi bila dah lama jadi dah tak ikhlas, yelah sebab attitude orang-orang yang nak bekerjasama tu macam hampeh, aku bukan cakap pasal kawan aku tu, tapi kawan-kawan jpk dia tu jugak kalau macam ni lah attitude sebagai jpk hurm, paham-paham sendiri jelahkan.
Apa yang buat aku marah ni sebab apa yang aku buat diorang tak appreciate langsung, betul-betul buang masa aku sangat. Semua poster yang aku designkan tak digunakan langsung, dah lah nak buat benda tu bukannya sekejap well, memanglah kalau aku buat poster selama ni tak sampai sehari pun, tapi it still take time! masa itu emaskan! Baiklah aku pergi study, balik rumah ke or make somehing that useful? Yelah dah lah mintak aku buat semua time cuti krimas hari tu, nasib baik aku ni pandai cengelat aku lari balik awal, yelah sebab at the end pun jadi macam ni jugak kan, apa gunanya?
Tak appreciate poster yang aku tolong buat dah satu hal, lagi satu yang buat aku rasa macam bengong sangat pergi tolong dia tu pasal nak buat montaj-video yang ada banyak gambar tu.. tau kan? So, weekends tu aku kenalah bangun awal, semata-mata kena jadi photographer diorang. Then, for that morning je aku dah pegang 3 title sekali gus pengarah, camera man and editor, yelah dah macam semua kerja aku buat kan.. and lepas dah siap edit-cut-paste semua bagai untuk video tu AGAIN diorang tak guna jugak, and last minute suruh aku buat montaj based on image only malam before majlis penutup keesokkan malamnya!! memang macam hai.. aku tak pernah mencarut ni! memang dah mencabar kesabaran sangat dah ni... Esoknye terus demam aku!! mana tak nya dah suruh buat montaj tu malam-malam buat kat luar, hujan pulak tu! Demam sebab kena angin malam, well antibody aku memang lemahkan.. nak buat macam mana?!
Jadi lepas ni kalau ada siapa-siapa lagi yang mintak tolong ke apa ke.. kena pikir seploh kali dolu.. Lantaklah kawan baik ke, kawan lama ke, kawan baru ke, kawan segala kawan ke.. kisah pulak aku kan. Bukanlah aku nak maksudkan yang aku punye poster tu bagus sangat ke apa, tapi kalau dah daripada awal dia dah ada poster lain kan bagitau lah, tak payah aku susah payah sampai nak stay-up sampai 4 pagi nak buat poster tu je.. ingat senang aku nak stay-up, kaki membutakan aku ni! Pasal video tu pun, alasannya tak nak guna sebab ada 4 orang takde dalam video tu, alahai.. macamlah tak boleh nak tambah gambarkan, benda tu bukannya tak boleh nak edit ke apa! teknologi dah canggihlah.. alasan je.
Arghh sudahlah!! Manusia memang banyak ragam kalau nak puaskan hati semua orang memang tak dapatlah, so sesiapa yang rasa dia ada high maintenance sangat tu silalah puaskan hati anda sendiri! Orang lain tak kuasa nak layan yuu!! Kalau nak diikutkan aku ni pun memang banyak cekadaknya jugak tapi tak adalah sampai buat macam ni dekat orang lainkan, and eventhough orang selalu cakap aku kejam pun especially you aunty! tak pernah lagi lah aku tak appreciate apa yang orang buat untuk aku kan?!
So, apa yang aku buat? Takdelah aku nak marah depan-depankan.. haa see aku memang penyabarkan? memanglah aku ni kekadang jenis yang berterus-terang jugak. Tapikan aku pikir macam, tak pelah first program yang diorang nak handlekan.. so aku pun dah buat keputusan lepas ni apape je yang diorang ni (jpk), mintak tolong.. kirim salam dan senyuman jela aku tolongkan, bukan dapat apa pun, boleh buat duit ke takpelah jugak kan, ni sampaikan certificate sebagai ajk pun tak dapat, at the end.. kitorang ni kira macam buat kerja free je untuk diorang. Pastu tak dihargai.. huh haram jadahlah aku nak tolong lagi kan.. memang tak lah alkisahnya. lagipun umur dah cecah 20 kot pandai-pandai lah kan!
So, apa yang aku buat? Takdelah aku nak marah depan-depankan.. haa see aku memang penyabarkan? memanglah aku ni kekadang jenis yang berterus-terang jugak. Tapikan aku pikir macam, tak pelah first program yang diorang nak handlekan.. so aku pun dah buat keputusan lepas ni apape je yang diorang ni (jpk), mintak tolong.. kirim salam dan senyuman jela aku tolongkan, bukan dapat apa pun, boleh buat duit ke takpelah jugak kan, ni sampaikan certificate sebagai ajk pun tak dapat, at the end.. kitorang ni kira macam buat kerja free je untuk diorang. Pastu tak dihargai.. huh haram jadahlah aku nak tolong lagi kan.. memang tak lah alkisahnya. lagipun umur dah cecah 20 kot pandai-pandai lah kan!
Life ni memang satu anugerah and pengalaman tu perencahnya adatlah, manusia memang selalu berubah-ubah. Apalah aku ni, dah marah-marah pastu nasihatkan diri sendiri balik.. haih.. biasalah kan.. tu namanya muhasabah diri :p
Lepas ni nak buat entry pasal kawan lama pulak!
No comments:
Post a Comment