![]() |
My smart tag eh name tag! |
So dekat panggung mana yang aku kerja ni? Okay jawapannye aku kerja dekat Golden Screen Cinema tutttt.. Lokasi sebenar dirahsiakan... hahaha saja tak nak bagitau lelebih. First of all kita cerita pasal gaji. Okay rate yang dia bagi kat sini RM4.30 per hour, yup.. tak la tinggi mana kalau nak banding dengan KFC, McD, Kenny Roger, Starbucks, Baskin Robbins and etc etc... Rm4.30 tu kalau kerja dekat bahagian concession (ala bahagian yang jual makanan and popcorn tu) kalau kerja dekat bahagian tiket and steward (ala yang jadi tukang cek tiket kalau nak masuk panggung tu) dapatlah RM4.10 sejam, rendah lagi dari concession, yang ni rate dekat GSC aku kerja tulah dekat tempat lain aku tak sure la pulak sama ke tak.
Kerja dia camne? Buat ape je? Okay masa memula masuk tu je aku kena jaga dapur a.k.a kitchen so kena la menghafal nak goreng nugget berapa minit, meatball berapa minit, pastu nak masak hotdog, corn in cup and prepare semua tu macam mana procedure dia ape semua kene tau and hafal. Nak pulak menyedapkan cerita masa tulah jugak HQ nak buat training dekat situ. Hmm, mampuih mak nak kene jawab semua soalan daripada incik HQ tu, dah la baru masuk satu hape pun tak tau, senior crew pulak lagi tak boleh pakai diorang boleh biarkan je aku jawab sensorang tak nak back up langsung kalau salah jawab ke apa ke, so disebabkan aku menjawab segala soalan dengan jujurnya and salah pulak tu cerita dia memang kena balik la dekat senior crew sebab tak ajar budak baru dengan betul. Haa baru padan muka! Tulah tak baik kenekan orang lelebih lagi budak yang baik macam aku ni... leull sangatt.
Dekat bahagian concession ni ade 4 jobs yang korang memang kena buat and bertukar-tukar jobs setiap shift (sehari ade 2 shift so kalau kerja full sehari tu akan buat 2 jobs la, takde lah dari pagi sampai ke malam buat kerja yang sama je). Benda yang wajib semua crew concession kena tahu ofcourse lah hafal semua menu and harga makanan yang ade dekat situ (ala macam biasalah kan kerja kedai yang jual makanan memang nak kene hafal menu and harga, standard lah). Lepas tu 4 jobs tu adalah Cashier a.k.a counter (maknanya kena ambil order and duit dari customer), Pick-up (kena siap kan order and bagi makanan dekat customer) kaunter nak order and ambil makanan lelain tau! Lepas tu Kitchen (memasak jelah kerja dia apelagi kan) and lastly Popping (yang ni kerja dia buat popcorn je) masak la popcorn tu sampai lebam! Okay bukan sampai lebam sampai jadi bertih jagung la. Biasanya setiap hari pun kena ada orang yang buat popping ni tapi kalau ada hari yang popcorn penuh je dalam tong tu tak payah popping pun takpe.
So dipendekkan cerita (sebab aku rasa macam dah banyak je aku mengarang ni) setiap hari memang akan bertukar-tukar la jobs tu, hari ni jaga kaunter esok jadi kitchen pulak lusa jadi pick-up pulak, tapi kengkadang tu tak jugak ikut la crew leader nak bagi kau kerja ape haritu. Haa.. lagi satu dekat sini hierarchy diorang banyak level sikit, yang paling bawah ofcourse la trainee, pastu crew (part-time), pastu crew - full time (mostly yang dah lama kerja la) lepas tu Crew Leader (ketua untuk setiap department yang ada, diorang yang akan assign kau buat kerja apa haritu and waktu rehat diorang jugak yang tentukan) and then Admin Asst, then Asst. Manager a.k.a. M.O.D (Manager on Duty) and baru Manager (the big bos dekat situ). Kalau pasal gaji and schedule admin yang akan buat so apapehal pasal gaji or jadual kerja boleh cakap dengan dia. MOD biasanya more to operation la diorang tak campur pasal gaji and jadual crew ni. Lagi dekat sini dia tak control hour, means kalau nak buat over time a.k.a OT boleh je buat, nak kerja full hari-hari pun boleh, nak buat kerja part-time weekend je pun boleh, sebab tu majority staff dia student and mostly budak-budak
Jadi penat tak kerja sini? Okay.. Mana ada kerja yang tak penatkan? For the first day and a few days lepas tu kaki ku bukan kaki ku.. Hahaha. Kaki sakit gila gila gila yelah dah lama aku duduk menganggur and mereput je dekat rumah so tetibe buat balik kerja part-time yang nak kene berdiri je manjang mana tak sakitnya kaki kan.. Tapi lepas dah seminggu camtu okay dah.. dah tak sakit-sakit dah kaki, kerja pun smooth je. Time takde orang boleh duduk bergosip dekat tepi peti ais (sebenarnya tak boleh.. haha) tapi kalau kena kerja time weekend nak-nak lagi time movie baru yang best pulak keluar mmm.. citer dia paham-paham sendiri jelah. Kalau duk kat cashier tu ambik order jelah kerjanya sejam non-stop! Kalau dekat pick-up lagi gilaa kerja dia cedok popcorn jelah non-stop! Hahaha.. Tapi kalau dapat kitchen or popping boleh rilek sikit time busy tapi jangan rilek sangat tolong lah jugak member tengah busy kan dekat depan tu.
Apa lagi ea? Hmm.. Okay pasal uniform, diorang akan bagi vest kuning tu dengan nametag and bowtie, tapi sebab aku pakai tudung so bowtie tu tak payah pakai la. Diorang akan tolak RM50 dari gaji untuk deposit uniform tu sebagai jaminan bila berhenti kerja korang pulangkan balik uniform tu. Pakaian lain kemeja hitam, seluar hitam and kasut hitam tu kena sediakan sendiri. Huhuhu.. Melayang duit aku nak kena beli kemeja and kasut hitam, ingat murah?!
Pasal payment, dekat sini gaji bayar cash 2 minggu sekali, kalau rajin buat OT boleh la cecah RM500 ke RM600 kerja 2 minggu tapi selalunya tak sampai pun aku dapat kurang sikit selalu dapat RM300 ke RM400 je, bukan sebab aku malas tapi disebabkan isu sensitif yang aku tak nak sentuh dekat sini, kang kecoh pulak, tak nak lah! So sebab tulah aku buat 2 kerja part-time untuk kumpul duit yuran. Nak masuk belajar ingat senang ke? Bukan senang nak senang! Sila semat ayat tu dalam hati. Another part-time job aku tu, macam biasa lah my favourite place Baskin Robbins sebab dalam banyak-banyak kerja part-time yang aku pernah buat kerja BR la paling best, walaupun sekarang BR dah kurang best sikit, sebab dia dah kedekut mungkin sebab nilai RM jatuh, okay faham!
![]() |
Happy Pink day! Abaikan model yang dekat tengah-tengah tu. |
Lastly bila nak berhenti kena buat surat berhenti kerja, yang tang ni aku tak faham sangat sistem diorang ni, aku bukan perkerja full-time yang nak berhenti kene tulis surat bagai kan. Setahu aku kalau kerja part-time kalau nak berhenti, berhenti jelah, selama aku kerja kat KFC and BR tak pernah aku buat surat berhenti kerja, so agak blur sebentar disitu. Jadi aku buat jugaklah surat berhenti tu sebab kalau tak buat nanti tak dapat gaji pulak, macam-macam hal kan. Layankan jelah.
So itu jelah yang dapat aku ceritakan serba sedikit tentang pengalaman kerja di panggung wayang. Banyak jugak pengalaman yang aku dapat, banyak kawan baru yang aku jumpa dekat sana and paling penting pengalaman yang mengajar erti kehidupan sebenar cewahh ayat tak menahannnn.. yang aku belajar dekat sini ialah dot, dot, dot (isu sensitif di Malaysia) kalau nak tahu apa dia boleh pergi try kerja dekat GSC la.. (make sure gsc yang aku kerja tulah, kalau yang lain tak tau la ada isu yang sama ke tak) Hahahaha...
Untill then.. Adiosss..
Ouh.. Aku ade member kerja dekat TGV gaji dekat sane lagi tinggi la RM4.50 sejam weekdays and RM5.50 sejam untuk kerja time weekend.. So kalau rasa nak kerja wayang better pilih TGV or MBO sebab gaji lebih tinggi tapi yang bab isu sensitif tu tak sure la, kene tengok tempat maybe.. Hahaha
9 comments:
mcm susah je keje gsc ni haishh seram lak
bab isu sensitif tu pemende? leh pm tepi tak? haha.. perlu info skit sbb nak cari pengalaman kerja sana. ashraffsn86@gmail.com
Tq for ur info, really appreciated.
Rasa seronok je la bila baca cara awak mengarang 😂
Cane nak mohon kerja kat cinema nii
hahaa dah ter apply kerja gsc laa, oh kecik ek gaji dia
Kerja 2 shift. Stiap shift bape jam?
Aq pon ade pernah kje dekat gsc. Ni nk share skit. Aq kt kje dekt department concessions. Masuk2 dia bgi kje senang dlu mcm tlg buatkn order dkt counter pastu tlg skit2 dkt dapur. Tpi bile dh masuk hari ke3 kau siap la kne igt benda yg CL or staff dh ajr. Klau lupa bukan ade org nk back up kau pon walaupun kau bdk baru. Kne pandai2 sendiri je. Then pasal hierarchy rank diorg bnyk der peringkt dia. Klau mcm CL tu mmg dh naik kepala ar kau salah skit jap lgi kne ar maki hamun dia tpi klau ko pompuan dia lembut skit biasa la laki. Aq ni yg laki kne jaga kitchen dari first masuk hingga ke skrg. Pastu kne buat kje kt kitchen tu bkn skit bnyk de. Kne igt timing masak, brpe pieces nk masak, stock kau yg kne jga, kebersihan, jaga air steamers dn bnyk lgi. Lpe je kne la kau maki hamun walaupun kau x smpai seminggu kje.
Rate per hour rm5.70 for concessions crew (department counter popcorn)(Rm5.30 for other departments) . Working time 8 to 9 hour.
Department tu dia yang pilihkan or kita yang pilih?
Post a Comment